Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
percaya (kata kerja)
Bersinonim dengan yakin, beriktikad, pasti;,
Kata Terbitan : mempercayai, mempercayakan, kepercayaan,

Puisi
 

Nona ada papaya tidak,
     Bunga ros duri berkait;
Benar ada percaya tidak,
     Telunjuk lurus kelingking berkait.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Tangan kanan jangan percaya tangan kiri;
     luka tangan kanan oleh tangan kiri.

Bermaksud :

Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.

 

Lihat selanjutnya...(14)

487

Promises and piecrusts are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises and piecrusts are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Pantun

PantunSumberTema
Yakin sudah percaya belum, Elok dibanding salah dan benar; Kahwin sudah nikahnya belum, Duduk bersanding perutlah besar.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin ada percaya tidak, Kerana khabar belum pasti; Berkain ada kebaya tidak, Dada berdebar menahan hati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat sehalaman sepermainan, Adat sebaya sama percaya; Adat bermain menjaga kawan, Adat percaya menjaga nama.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yakin habis tidakkan habis, Percaya diri tiang usaha; Kain tipis tidak berlapis, Dibawa mandi orang menganga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yanglah gagal biarlah gagal, Supaya percaya buruk lakunya; Orang tua gatal biarlah gatal, Supaya dicerca anak cucunya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kami tidak ke rimba lagi, Abang berlukah bertengkalak; Kami tidak percaya lagi, Abang bersumpah sambil gelak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas