Sifat perempuan berlemah lembut, Setia mengasuh anak dan laki; Adat berjalan tuah mengikut, Dunia teduh adat pun tinggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perempuan berlemah lembut, Laku terbilang bercakap santun; Adat berjalan tuah mengikut, Seteru hilang hidup pun hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perempuan berlemah lembut, Kasih sayang kata merendah; Adat berjalan tuah mengikut, Selisih hilang sengketa sudah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perempuan berlemah lembut, Elok manis tutur katanya; Adat berjalan tuah mengikut, Duduk di majlis akur semuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kerana anak orang perempuan, Tegak berdiri di atas batu; Hendak ke mana gerangan tuan, Tegar menyisir bulu mataku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tempat orang menjual keledek, Buah salak daun pandan; Perempuan pula berambut pendek, Salah pandang macam pondan. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Masak sebiji buah pedada, Buat perencah kuah laksa; Lelaki perempuan mengada-ngada, Siapa dia gagah perkasa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |