Bila lancang sudah berlabuh, Di sana dapat orang bermalam; Apabila abanglah pergi jauh, Manalah dapat kutidur malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat kolek pergi berkayuh, Air pasang berhenti dulu; Mengingat adiklah pergi jauh, Matilah abang menanggung rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Belilah galah untuk penjolok, Supaya senang mengambil pauh; Hatiku gundah fikiran suntuk, Kerana abanglah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang ke surau, Mahu mengaji sehingga subuh; Saban malam abang mengigau, Menunggu adik yang pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kemana lagi ikan berenang, Air yang jernih menjadi keruh; Ke mana lagi badan menumpang, Kekasih hati dah pergi jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Semantan pergi ke Lundu, Datang ke Lundu berjalan kaki; Apa kena hatiku pilu, Mengenang tuan jauh pergi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari pulau menjemur sagu, Petang pergi bersimbah peluh; Hati risau bercampur pilu, Abang pergi bertambah jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang hari bertambah teduh, Kerana siang hujan berangin; Yang pergi bertambah jauh, Kerana tunangnya sudah kahwin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daripada duduk asyik berunding, Eloklah mencari makanan puyuh; Daripada menengiok adik bersanding, Eloklah pergi berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari jauh bermalam datang, Hendak menuju pergi Kemboja; Jika sudah terkata langsung, Mahal dan murah ikut harga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |