Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perintah;

Puisi
 

Siti Wan Kembang perintah Kelantan,
     Nama termasyhur zaman dahulu;
Baik-baik memilih intan,
     Takut terkena kaca dan batu.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Keras ditakik,
     lunak disudu.

Bermaksud :

Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pun tali pun, Anak ayam bulu balik; Dalam perintah Jepun, Kita makan ubi keledek.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasir Mak Bayu pukul diribut, Lumba-lumba bermain angin; Pohon kekasih seumur hidup, Perintah Belanda belayar angin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Hajat hati tak ndak bercerai, Perintah Allah siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dari Nandung ke Pantai Nandi, Orang bergajah dua beranak; Sudah terlangsung kami ke mari, Apa perintah orang banyak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas