Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu (hal dll) yg berlaku (menarik perhatian dll), kejadian, perkara: pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu ~ yg penting dlm sejarah negeri ini; sekali ~ sl pd suatu kejadian; ~ bahasa Id sesuatu kejadian yg berkaitan dgn perkembangan bahasa; ~ sejarah kejadian-kejadian penting (besar) dlm sejarah; berperistiwa bersejarah; hari ~ hari yg bersejarah (kerana berlakunya kejadian penting). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ris.ti.wa] | ڤريستيوا

Definisi : sesuatu yg benar-benar berlaku; kejadian yg luar biasa atau yg menarik perhatian: ~ sejarah kejadian yg penting dlm sejarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peristiwa (kata nama)
Bersinonim dengan kejadian, hal, perkara, pengalaman, insidens, kes.,


Pantun

PantunSumberTema
Julai peristiwa maut, Helikopter trehempas di hutan tebal; Belas kasih aku terpaut, Usah disoal usah disangkal.Pantun Melayu SarawakKasih
Zaman silam banyak kenangan, Peristiwa penting jadi sejarah; Siang dan malam tak mahu makan, Kerana pening tak jadi nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas