Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Laksamana menyukat beras, Sukat mari segantang padi; Timbang baik kalau jelas, Baru senang berjual beli. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Masak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Cik Mamat cucu perompak, Hendak merompak tanah seberang; Cari modal penuhkan petak, Baru boleh lawan gelombang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Bunga dibawa dari Deli, Kembang tengah tiga cabang; Tuan jual saya beli, Kalau tidak saya menumpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga? | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |