Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
niaga
Kata Terbitan : berniaga, perniagaan, peniaga,

Peribahasa

Tinggal kelopak salak.

Bermaksud :

Telah habis hartanya kerana rugi dalam perniagaan ataupun kerana kecurian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal gigi dengan lidah saja, b. Tinggal kain sehelai sepinggang).

 

Lihat selanjutnya...(4)

313

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Lembu dogol jangan dibalun

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Lembu dogol jangan dibalun. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Hendak ke pekan berurus niaga. Dapat untung perniagaan teguh; Hendak membina warga bahagia, Warga gemilang 2020.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Laksamana menyukat beras, Sukat mari segantang padi; Timbang baik kalau jelas, Baru senang berjual beli.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Masak nasi bergulai belum, Nanti udang dari kuala; Sarat muatan belayar belum, Nanti turun angin utara.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Dinding kebun tepi perigi, Kepung dengan atap nipah; Basah kering dibuat mandi, Tentang harga belum berubah.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Cik Mamat cucu perompak, Hendak merompak tanah seberang; Cari modal penuhkan petak, Baru boleh lawan gelombang.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Bunga dibawa dari Deli, Kembang tengah tiga cabang; Tuan jual saya beli, Kalau tidak saya menumpang.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ayam ini ayam tambatan, Mari ditambat pantai Melaka; Kudengar tuan bergedung intan, Bolehkah saya tumpang berniaga?Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
123456

Kembali ke atas