Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petalangan


Pantun

PantunSumberTema
Sekali memegang hulu, Sekali putingnya patah; Sekali enggang lalu, Sekali rantingnya patah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Seburuk-buruknya helang, Ada juga bulunya; Seburuk-buruknya orang, Ada juga aib malunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ketuku batang ketakal, Tiga batang keladi moyang; Sesuku dengan seasal, Senenek dengan semoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sekali adik merambah, Seratus batangnya rebah; Sekali adik bersumpah, Seratus kali abang sembah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Setambun anak-beranak, Sisiknya berlendir-lendir; Minta ampun banyak-banyak, Pantun kami sindir-menyindir.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ditebang tidak tertebang, Ditebas juga akan jadinya; Diempang tidak terempang, Dilepas juga akan jadinya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mentango pepapan tiang, Mendengung dipikul ribut; Bintang timur mengarak siang, Adik tinggal dalam selimut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asian rumput asian, Diparang rumput limpata; Tegak kita pada perjanjian, Menyambut sirih pinang kita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah rotandibuat jerat, Rotan berpilin sangat kuatnya; Banyaklah beban terasa berat, Beban pemimpin sangat beratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau menyalin langsung menjawab, Buatlah tanda supaya terang; Kalau pemimpin bertanggungjawab, Rakyatnya bahagia hidupnya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas