Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peti (kata nama)
Bersinonim dengan pak, tong, banian, cerakin, kopek, canda peti, kendaga, pendaga, bangking.,

Puisi
 

Kinabalu bertangga peti,
     Ambil gemala di mulut naga;
Kalau sudah paksa di hati,
     Mahal murah baik harga.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Jadi dinding lasak peti manian.

Bermaksud :

Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan padi sayang, sebarang padi, Padi disimpan peti, di dalam peti, Bukan budi sayang, sebarang budi, Budi dikenang mati, sampai ke mati.Pantun Melayu SarawakBergendang
Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kekati atas peti, Anak tekukur bawah batang; Dari pagi saya nanti, Hari petang baru datang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah pengikut tali peti, Disentak sekali lalu disimpul; Banyaklah sahabat berani mati, Tidakkan seberani sahabat nabi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bila selasih di dalam peti, Sampai masanya dijerang juga; Sekali kasih di dalam hati, Sampailah tua kukenang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kain culas di atas peti, Ditekat jangan diberi jangan; Sudah ikhlas dalam hati, Diumpat jangan dipuji jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
1234567

Kembali ke atas