jika memetik buah petola, Ambil biji jadikan benih; Jika keruh air di kuala, Seribu tahun tidakkan jernih. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Pohon betik pohon petola, Dipanggil jua pohon papaya; Adik cantik abang gila, Adik tak mahu apa upaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mari kusayur dengan petola, Bunga lengkuas berangkai-rangkai; Kalaulah diulang dari semula, Kekasih bertuah tak dapat dipakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa lauk nasi kurendang, Putik petola dari Patani; Apa ubat hatiku terkenang, Gesek biola tariklah menyanyi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika kutahu buah kuini, Tidak kubeli sayur petola; Jika kutahu jadi begini, Tidakku buat dari semula. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Sejak betik mulai layu, Diganti orang dengan petola; Sejak adik memakai gincu, Hati abang kian menggila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Baru kutahu peria pahit, Haram bertaubat sayur petola; Kalau kutahu budi tak baik, Haram tak buat dari mula. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |