Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat keputusan dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Pantun

PantunSumberTema
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Belok-belok ke jamban pilih, Teras seraya di dalam padi; Elok buruk aku tak pilih, Asalkan berkenan dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hayun jamban tak pilih, Hayun raga dimakan api; Putih langsat hitam tak boleh, Tulat tangkar berayun kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Akar pilih kuda belang, Akar lama melilit pongsu; Kalau tak boleh seperti dok cadang, Nak bawa cerana mengadap guru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kamek mencuba sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kamek tak pilih, Kasarlah jangan resmi orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih bercabik-cabik, Makan secabik layang ke laman; Bukannya pilih cantik molek, Tetapi di hati sudah berkenan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cak royak makan sirih, Sirih ada dalam padi; Rupa elok tak payah pilih, Ikut suka dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apek Luek memakan sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kami tak pilih, Syukur jangan mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak dara di tebing sungai, Duduk menjerat ketam batu; Manis rupa elok perangai, Tolong pilih yang mana satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas