Bunga cempaka bunga pilihan, Digemari oleh tua dan muda; Tanda orang tua sempurna iman, Hati bersih muka bercahaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan baja pilihan; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan belas kasihan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Naik turun orang ketepian, Pergi mandi petang dan pagi; Adik sepantun kembang pilihan, Sampai mati abang menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah ubi perkara ubi, Ubi merambat tepi-tepian; Banyaklah nabi perkara nabi, Nabi Muhammad nabi pilihan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |