Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.dang] | ڤيندڠ

Definisi : sj masakan berkuah drpd ikan dll yg dimasak dgn asam (kunyit dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pindang


Pantun

PantunSumberTema
Sayangnya cawan berisi pindang, Hendak minum menjadi susah; Sayangnya tuan bergigi panjang, Hendak mencium pipi berdarah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dapat udang dibuat pindang, Makan bertambuh rasanya enak; Ingat abang hatiku bimbang, Entah sungguh entahkan tidak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun menggulai tidak bisa, Memasak pindang tentulah jadi; Walaupun bercerai talak tiga, Banyaklah kenangan dibawa mati.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau selalu makan tenguli, Lama-lama muakkan pindang; Kalau selalu termakan budi, Lama-lama diperbudak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari pulau menjalan ikan, Dapat pari dibuat pindang; Hati risau tiada tertahan, Mabuk menanti adik seorang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas