Pinggan mangkuk berisi gula, Hendak disimpan semut meradang; Badan bongkok bini menggila, Hendak melawan lututlah goyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pinggan mangkuk berisi bilis, Baru disimpan pecah bertabur; Badan bongkok berbini gadis, Baru sebulanlah masuk kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besar pinggan isinya banyak, Bila penuh dimakan kenyang; Benar jalan beranilah tegak, Ke mana duduk disegani orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sudahlah pinggan diinjak beruk, Kulitnya pula dilapah ayam; Sudahlah makan tidak berlauk, Bininya pula bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang pinggan dipakai malam, Bila pagi dicuci orang; Sayang tuan bermisai tajam, Bila beristeri bini mengerang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang pinggan retak seribu, Bila diisi nasinya tumpah; Sayangnya tuan ketiak berbau, Bila beristeri bininya muntah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Besarlah pasu daripada pinggan, Dipakai orang menyimpan minyak; Besarlah nafsu dara pingitan, Mengintai bujang nasi tak masak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |