Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Sudah lama berikat pinggang, Ikat pinggang rambu berjurai; Sudah lama adat dibilang, Adat dibilang lalu dipakai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tali pinggang hadiah Pak Tua, Banyak dijual di gerai-gerai; Makan sepinggan kita berdua, Sampai mati tidak bercerai.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jika badik tidak di pinggang, Manakan dapat jadi senjata; Jika adik tidak dipinang, Manakan dapat kita bercinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan diangkat benda yang berat, Terkikir pinggang sakit belikat; Patah pancang tinggal sekerat, Tinggal tunggul sangka pukat.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Baju hitam kancingnya tujuh, Berikat kain di pinggang; Kalau tuan berhati sungguh, Boleh ikut kami dari belakang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Baju hitam kancingnya tujuh, Berikat kain di pinggang; Kalau tuan hatinya sungguh, Ikut saya dari belakang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Rumah kecil tepi laut, Tempat budak main biola; Pinggang kecil bagai diraut, Itulah tempat saya gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas