Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (ter­letak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, menge­tepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana di­anggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan ter­pinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang ber­pengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesamping­kan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : bahagian tepi sesuatu: ~ jalan; ~ laut. pinggiran (sesuatu) yg terletak di pinggir: tanah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinggir
Kata Terbitan : pinggiran, berpinggir, meminggir,

Puisi
 

Hari-hari mengetah tekukur,
     Tekukur banyak di pinggir desa;
Kukur apa pada kukur,
     Nyiur jugalah yang akan binasa.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Jika negeri api di pinggir, Api Cina berdayung tongkang; Datang ke sini mencari fikir, Dayunglah sudah dilayar orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hari-hari mengetah tekukur, Tekukur banyak di pinggir desa; Kukur apa pada kukur, Nyiur jugalah yang akan binasa.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ikan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang mumbang kelapa mumbang, Mumbang sebiji dari Pariaman; Kalau tahu jinaknya kumbang, Tanam bunga di pinggir laman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas