Bila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Berdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Apabila hendak masuk rumah, Berilah salam di muka pintu; Apabila awak duduk berjemaah, Hati di dalam pelihara dulu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tumbuk tepung jangan dicuci, Buat bubur dalam belanga; Tutup pintu jangan kunci, Abang nak masuk tidur sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Kedah orang berdagang, Rasa nak nangguk rasanya tidak; Pintu terdedah sampai ke siang, Rasa nak masuk rasanya tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |