Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piring

Puisi
 

Kalau pecah piring ini,
     Saya tidak berkirim lagi;
Kalau sudah nyanyi ini,
     Saya tidak menyanyi lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Laksana kasihkan bunga seceper,
     terbuang bunga sekaki.

Bermaksud :

Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pecah piring menjadi kaca, Pecah kaca menjadi gelas; Surat dikirim harap dibaca, Sudah dibaca harap dibalas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau berjaja piring mangkuk, Lambat menyusun kena pijak; Kalau bekerja sering merajuk, Lambat-laun ditimpa balak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berjaja piring mangkuk, Kurang teliti tentulah retak; Kalau bekerja sering merajuk, Orang benci masalah pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau cukup piring mangkuk, Nasi masak senanglah makan; Kalau duduk saling beramuk, Negeri rosak hilanglah iman. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau pecah piring ini, Saya tidak berkirim lagi; Kalau sudah nyanyi ini, Saya tidak menyanyi lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela; Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Sejak belanga menjadi mangkuk, Banyaklah habis piring di rumah; Sejak buaya menjadi datuk, Banyak gadis bunting tak nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang cawan, Banyaklah budak berjaja piring; Pilulah hati memandang kawan, Anaknya banyak bini pun bunting.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu menteri berdagang tapai. Semua pengikut menyiapkan piring; Pilulah hati memandang lebai. Kerana berjanggut dikejar kambing.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas