Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Pisau raut ulu sekerat,
     Pakai anak panglima desa;
Dari laut naik ke darat,
     Memang nak cari senjata yang bisa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Pisau bongkok melukakan sarungnya.

Bermaksud :

Mengkhianati orang yang melindunginya.

 

Lihat selanjutnya...(16)

601

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Berapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusia

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya berapalah tajam pisau parang, tajam lagilah mulut manusia . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisau peraut baru bertuang, Beri bertali rotan saga; Rantau diturut dengan undang, Negeri dihuni dengan lembaga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pisau belati baru diasah, Untuk senjata menembuk dinding; Risau hati malu bertambah, Menengok janda duduk bersanding.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisau tunjung ke laut, Mari dinaik melihatlah bulan; Apa khabar melangkah laut, Kamilah di rumah melihat bulan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12345

Kembali ke atas