Hutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Potong sirih kutil hujungnya, Potong sampai kedai Cina; Datang kasih memujuk-mujuknya, Kasih tidak berkekal lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Gelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan lonteng perkara lonteng, Lonteng datang dari Labuan; Bukan runding perkara runding, Runding biasa potong haluan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |