Patah gelang dalam puan, Puan diletak lilin sebatang; Sungguh malang nasibmu tuan, Tiada kawan datang bertandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Dayang Laila membuat puan, Puan dihias dengan permata; Adakah gila dirimu tuan, Makan berkuat air mata. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Raden Inu memangku puan, Puan dipangku cincin suasa; Hatiku rindu kepada tuan, Hendak kupesan tiada siapa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan diharap kelapa puan, Kelapa puan kelapalah Bali; Jangan diharap adinda tuan, Makanya tuan siapa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Harap-harap kelapa puan, Sudah puan kelapa Bali; Sudah harap kepada tuan, Sudah tuan siapa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mana kelapa puan, Dari puan kelapa Bali; Saya harap dengan mu tuan, Tidaklah tuan siapa lagi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan bertutu sekawan, dua sekawan, Joran kail patah, jangan dipatah; Jika begitu puan, katamu puan, Kecil tangan kutadah, nyiru kutadah. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Asap api di Tanjung Tuan, Nampak dari Tanjung Jati; Harap hati kepada puan, Tidak puan siapa lagi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga puan karangan terbaru, Puan berisi bunga melati; Tuan berada di langit biru, Saya memancing di sungai hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |