Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati, | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Apa guna pasang pelita, Pasang tanglung cerah lagi; Apa guna bermain cinta, Ambil langsung puas hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan rangkap Kuala Linggi, Tanamlah Lengkuas hutan seberang; Saya berangkat dari sini, Hati puas telinga terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Labu putik di Tanjung Jati, Pucuk lengkuas dalam dulang; Baru bertemu kehendak hati, Belum puas ditinggal pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Petang-petang pergi ke hulu, Sampai ke hulu memetik buah; Kalau tuan balik dahulu, Sudah petang hati tak puas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |