Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : 1. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dgn sengaja (utk sesuatu maksud yg tertentu); 2. perbuatan menahan diri drpd makan dan minum dll antara waktu matahari naik hingga matahari jatuh (dlm agama Is­lam); berbuka ~ makan atau minum (pd hari puasa); fardu ~ = ~ perlu Id puasa yg diwajibkan, puasa Ramadan; ~ sunat puasa yg tidak diwajibkan (puasa enam dlm bulan Syawal dll); 3. = bulan ~ bulan Ramadan: pd masa dahulu apabila ~ semua pejabat kerajaan bekerja setengah hari sahaja; hari raya ~ = ~ liburan hari raya apabila tamat puasa (pd 1 Syawal); 4. bp = berpuasa: kau tidak ~, apa nak kira malam tujuh likur? berpuasa 1. berpantang makan dan minum, tidak makan dan minum; 2. melakukan ibadat puasa (sunat dan wajib). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pua.sa] | ڤواسا

Definisi : sj ibadat yg dilakukan dgn menahan diri drpd memasukkan sesuatu ke dlm rongga yg terbuka (spt makan, minum) antara waktu terbit fajar sehingga waktu masuk matahari. ~ fardu puasa yg diwajibkan; puasa dlm bulan Ramadan. bulan ~ bulan yg kesembilan dlm tahun Islam; bulan Ramadan. berpuasa melakukan ibadat puasa: Anak-anak hendaklah dididik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puasa

Puisi
 

Bulan puasa pergi ke pasar,
     Dua tiga membeli gelama;
Menanti masa hamba tak gusar,
     Setahun dua tidaklah lama.


Lihat selanjutnya...(27)

Pantun

PantunSumberTema
Bulan puasa orang mengaji, Duduk tadarus bersama-sama; Putus cinta pusanglah hati, Badan kurus hidup merana.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa menahan lapar, Waktu maghrib orang berbuka; Putus cinta badan terkapar, Membawa nasib menahan duka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa bulan terpuji, Beramai-ramai pergi ke surau; Badan sengsara memakan hati, Kasih tak sampai hatiku risau.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa orang bertaubat, Meminta ampun kepada Tuhan; Patah cinta hatiku lumat, Eloklah pergi membawa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa bulan mulia, Orang beramal siang dan malam; Kerana bercinta abang merana, Bila gagal nyawaku padam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa orang tarawih, Berbuat amal bekal akhirat; Putus cinta hatiku sedih, Dunia ini serasa kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan puasa memetik kelapa, Hendak menyambut Aidilfitri; Budi kami tidak seberapa, Kenangan diberi kekal abadi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bulan puasa pergi ke pasar, Dua tiga membeli gelama; Menanti masa hamba tak gusar, Setahun dua tidaklah lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan Ramadan bulan puasa, Awal Syawal beraya kita; Kita baru berkenal biasa, Berdondang sayang bermesra kita.Kurik Kundi Merah SagaAdat
1234

Kembali ke atas