| Bunga cempaka baunya wangi, Pucuknya lebat kelopak mekar; Tanda orang tua tahukan diri, Duduk beradat tegaknya benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apabila mencari buah putat, Pucuknya dapat dibuat ulam; Apabila sekali lidah tersesat, Kutuk dapat umat mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Apalah tanda buah bengkal, Pucuknya jingga batangnya rendang; Apalah tanda si tua gatal, Menengok perawan hidungnya kembang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Putik mengkudu sedang berdaun, Pucuknya habis dimakan kumbang; Adik menunggu sepanjang tahun, Duduk menangis dirundung malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Orang meminang puteri tujuh, Ambil air cucikan kaki; Benih muda kalau bertumbuh, Pucuknya hijau cabangnya mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |