Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ngut] | ڤوڠوت

Definisi : ; anak ~ anak orang lain yg dipelihara dr kecil (anak angkat); mak ~ mak kpd anak pungut; saudara ~ orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang, saudara angkat; memungut 1. mengambil atau mengutip se­suatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; memunguti memungut (mengambil) berkali­-kali; memungutkan memungut (mengambil) se­suatu utk orang lain; pungutan sesuatu yg dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat; pemungutan perbuatan memungut: ~ hasil (cukai dll); ~ suara; pemungut 1. orang yg memungut: ~ derma; ~ sampah; ~ zakat; 2. orang yg mengetuai jabatan memungut hasil dll: ~ hasil tanah; ~ hasil setem. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ngut] | ڤوڠوت

Definisi : ; memungut 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan, datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). pungutan apa-apa yg dipungut: wang ~. pemungutan perbuatan atau hal memungut: ~ yuran; ~ cukai. pemungut orang yg memungut: ~ zakat; ~ hasil tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pungut
Kata Terbitan : memungut, pungutan,

Puisi
 

Hanyut-hanyut makan belunut,
     Hanyut sampai ke dalam bayan;
Duduk rambang makan tak pungut,
     Anak dara di Palimbayan.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Pungut-pungut lokan, Perahu di pengakalan; Pandai tuan makan, Pandai tuan menyimpan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pungut manggis pungut mengkudu, Hari Sabtu di Pasar raya; Mulut manis umpama madu, Di situ banyak semut terpedaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berkayuh ke hilir berkayuh ke hulu, Pungut rebak batang simpur, Sudah tahu resam dedalu, Membawa rebah sama tersungkur.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hanyut-hanyut makan belunut, Hanyut sampai ke dalam bayan; Duduk rambang makan tak pungut, Anak dara di Palimbayan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas