Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung kecil yg tidak berekor, Tatnix suscitator atrogularis; bagai ~ laga prb percakapan yg tidak habis-habis; mati ~ hendakkan ekor prb menghendaki sesuatu yg mustahil didapati; sembunyi-sembunyi ~, kepala tersorok ekor kelihatan prb perihal orang yg berbuat sesuatu yg tidak patut dan menyangka tidak diketahui orang perbuatannya padahal semua orang mengetahui; spt ~ mahu yg betina drpd yg jantan prb perihal isteri yg berusaha keras mencari penghidupan sedangkan suaminya bersenang-senang sahaja (tidak mahu bekerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puyuh I

Puisi
 

Lari puyuh jalan kontang,
     Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
     Meraikan tuan yang baik budi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mati puyuh hendakkan ekor.

Bermaksud :

Ingin mendapat sesuatu yang tak mungkin tercapai.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Burung bintik disangka puyuh, Puyuh hinggap di ranting saja; Mimpi-mimpi disangka sungguh, Buka selimut seorang sahaja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Puyuh berlari dalam jerami, Tiak menyanyi merdu suara; Tujuh lautan telah kuselami, Tidak kutemui sebutir mutiara.Pantun Melayu SarawakPerantau
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Lari puyuh jalan kontang, Tetak dengan batang kemudi; Darilah jauh abang pun datang, Meraikan tuan yang baik budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Besar puyuh dari pipit, Cari makan tepi kolam; Begitu banyak pulau dan bukit, Guna apa di dalam alam?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung puyuh meniti di batang, Batang manggis condong ke paya; Kebaya labuh bersanggul lintang, Senyum manis di pagi raya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah padi dimakan puyuh, Beras tidak dalam gantang; Bagaimana kami tidak mengeluh, Sawah padi tinggal sekangkang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tahi ayam dimakan puyuh, Baunya busuk bukan kepalang; Mandi malam badan berpeluh, Baru duduk kain berlubang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pangeran duduk di Jambi, Puyuh maharam di atas padi; Sangat hairan di hati kami, Guruh menderam hujan tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sangat hairan datuk di Jambi, Puyuh mengeram di atas getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan menderam tanah tak basah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas