Tegak adat rakyat pun damai, Pemimpin tegak bersanding bahu; Rosak adat rakyat berkecai, Pemimpin bengak rakyat berseteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rakyat tempatan sedia berkhidmat, Dekat jauh segera datang; Chan menyelia operasi penyelamat, Di hutan tebal gunung jurang. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Rakyat datang menaiki lancang, Lancang hanyut ke Kuala Linggi; Adik suka mengikut abang, Kalau tak abang siapa lagi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tegak adat rakyat bahagia, Pemimpin terpuji muka belakang; Rosak adat rakyat teraniaya, Pemimpin keji bala pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup terpandang, Pemimpin senang rakyat selamat; Rosak adat hidup menyimpang, Pemimpin kenyang rakyat melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup senonoh, Pemimpin adil rakyat sejahtera; Rosak adat hidup bergaduh, Pemimpin degil rakyat derhaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Nampak sebuah kapal perang, Rakyat banyak bukan sedikit; Kota Melaka asalnya padang, Kerana siapa jadi bukit? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |