Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Rama-rama mati terendam, Ditimpa hujan sehari suntuk; Sudah lama kasih kupendam, Adik berjalan pergi merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rama-rama terbang tinggi, Rupanya cantik aneka warna; Sudah lama abang menanti, Bilakah adik mahu menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rama-rama terbang melayang, Penat hinggap di bunga melur; Sudah lama abang memandang, Niatku harap adik menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rama-rama terbang ke rantau, Tiba di rantau membilang jari; Lama-lama abang merantau, Adik yang tinggal membilang hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Rama-rama kebun Cik Daud, Hinggap di ranting lalu meniti; Bila ada pulau di laut, Senang unggas tumpang berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rama-rama bertali benang, Pergi ke kota Inderaputera; Bilakah kala menjadi senang, Menderitalah hamba setiap masa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rama-rama terbang berderai, Patah galah dalam perahu; Lama-lama baru bercerai, Perintah Allah mana tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rama-rama terbang berdebu, Sudah berdebu berderai pula; Lama saya tidak bertemu, Sudah bertemu bercerai pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang kecil si rama-rama, Yang besar si ular-ular; Yang kecil disebut nama, Yang besar disebut gelar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |