| Elok belat dapatlah ikan, Rasanya enak dibuat gulai; Elok adat selamatlah badan, Saudara banyak sahabat ramai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Budak-budak ramai menimba, Dapat banyak si ikan keli; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati susah sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyak orang mengetam pulut, Saya seorang mengetam padi; Ramai orang karam di laut, Saya seorang karam di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |