Terayap-rayap si anak kumbang, Hinggap di atap tersangkut duri; Berapa sedap di rantau orang, Manakan sama desa sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Rosak tiang dimakan rayap, Lambat-laun tentulah roboh; Rosak orang makan menyelap, Lambat-laun tentu bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kumbang terayap-rayap, Ditangkap oleh anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kumbang terayap-rayap, Mari ditangkap anak Turki; Hendak terbang tiada bersayap, Hendak hinggap tiada berkaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Cancang rebung saya kunyiti, Anak sembilang terayap-rayap; Tantang gunung saya tangisi, Akan terbang tidak bersayap. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang seberang mengutip paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang memanggil aku, Hendak terbang tiada sayap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang seberang mematah paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang nakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan terang memungut paku, Anak kumbang terayap-rayap; Orang seberang hendakkan aku, Hendak terbang tidak bersayap. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |