Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.yu] | رايو

Definisi : 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yu] | رايو

Definisi : = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi; lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk; merayukan memajukan permohonan (per­mintaan, pertimbangan) kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara keluarga mereka sendiri; rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau p (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yu] | رايو

Definisi : ; merayu 1 menyedapkan hati dgn hiburan dll: Irama lagu Melayu ~ hati. 2 memikat hati; memujuk: Ia ~ gadis itu dgn kata-kata manis. 3 memajukan permohonan: Saya ~ kpd mereka supaya mempertimbangkan keputusan itu semula. rayuan 1 pujukan (hiburan, janji yg muluk-muluk dll) utk menyedapkan hati. 2 permohonan atau permintaan yg dimajukan: Peguamnya telah membuat ~ supaya hukuman itu diringankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayu
Kata Terbitan : merayu, rayuan, perayu,

Peribahasa

Semanis-manis gula berpasir juga,
     sepahit-pahit jadam menjadi ubat.

Bermaksud :

Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Merayu-rayu si burung pungguk, Hinggapnya pula di hujung dahan; Ke tanah suci lalu dijenguk, Ke rumah hamba haram tak datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jentayu burung jentayu, Hendak terbang harilah tinggi; Angin ribut merayu-rayu, Duduk membelai adik kini.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira.Pantun Melayu SarawakNasib
Tasik serai namanya dulu, Kini disebut lubuk pusaka; Adik pandai membujuk rayu, Hatiku hanyut dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Janganlah suka menebang kayu, Kayu di rimba banyak manfaatnya; Janganlah hamba abang rayu, Merayu hamba banyak syaratnya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik-baik menebang kayu, Buah kayu banyak bergetah; Baik-baik abang merayu, Salah rayu awak difitnah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ingat-ingat menebang kayu, Patah kayu menimpa kepala; Ingat-ingat abang merayu, Salah rayu membawa bala. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas