Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebab

Puisi
 

Bergesek rebab bertali dua,
     Mari gesek bertali kain;
Mari adik bersahabat dua,
     Bersahabat saya nanti pergi ke lain.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Rebab berbunyi dayu-mendayu, Siapa mendengar pilulah hati; Sedaplah hati hamba menunggu, Dinda kudengar mahu berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Bergesek rebab bertali dua, Mari gesek bertali kain; Mari adik bersahabat dua, Bersahabat saya nanti pergi ke lain.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Susunlah rebab susun rebana, Susun lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Risik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab dengan kerana, Rasa bergantung tidak bertali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putus berdenting tali rebab, Putus tersangkut buah baju; Tak usah dicari sebab, Habis untung cerailah dahulu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gegap gempita suara penyanyi, Muzik seronok biola dan rebab; Gelaplah rasanya dunia ini, Adik merajuk tiada bersebab.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mendengar beruk jatuh berdebab, Banyak belalang pergi berbaris; Mendengar beruk bermain rebab, Banyaklah orang duduk menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas