Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bus] | ربوس

Definisi : ; kacang (telur, ubi) ~ kacang (telur, ubi) yg dimasak dlm air (sehingga empuk, keras, dsb); merebus memasak sesuatu dlm air, meng­godok: ~ keledek; ~ air menjerang air; merebuskan merebus utk: dia sempat ~ ibunya beberapa biji telur pd pagi itu; rebusan barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg sudah dipakai utk merebus; perebusan proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bus] | ربوس

Definisi : ; merebus memasak sesuatu dlm air mendidih: ~ jagung. rebusan apa-apa yg direbus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebus
Rujuk :masak, memasak,

Puisi
 

Rebus ketupat dalam kuali,
     Apa kuahnya rendang kari;
Orang bersahabat di sana sini,
     Tidak luput harumnya di hati.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Rendam tak basah.

Bermaksud :

Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rebus tak empuk).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Rebus ubi tanam di kampung, Sawah ladang tidak berpadi; Putus tali boleh disambung, Patah arang kerat sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bangkit pagi rebus ketupat, Taruh makan sehari sebiji; Saya nak balik jangan mengumpat, Minta sebut sehari sekali.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pagi-pagi rebus ketupat, Ambil api sorongkan sabut; Saya pergi jangan diumpat, Siang malam mintalah sebut.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa benda dalam pasu, Rebus ketupat jadi batu; Kalau berniaga kongsi bisu, Jangan untung rugi tak Berniaga/untungKurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Masak udang dalam perahu, Ubi rebus terletak di padang; Zaman sekarang kalau nak tahu, Budi hangus menjadi arang.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas