Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bu.tan] | ربوتن

Definisi : 1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bu.tan] | ربوتن

Definisi : apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rebutan


Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah rusa dijerat orang, Rusa bermain jadi rebutan; Banyaklah jasa diingat orang, Jasa pemimpin jadi rebutan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak ke bukit Pulau Markosa, Pulau rebutan Tanah Semenanjung, Kalau hidup tidak berbahasa, Serupa katak di bawah tempurung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Bernyanyi helang terbang petang, Tempat bersarang pohon rambutan; Begini malang nasibmu sayang, Tanah sehasta jadi rebutan.Pantun Melayu SarawakNasib
Banyak perahu berlalu-lalang, Hilir mudik mencari muatan; Hendak menunggu hatiku bimbang, Kerana adik menjadi rebutan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas