Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.dan] | ريدن

Definisi : (rédan) 1. sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan riba, ridan, Mischocarpus lessertianus; 2. sj tumbuhan (pokok), Nephelium glabrum; 3. sj tumbuh­an (pokok), kusip bukit, Aglaia cordata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata redan


Pantun

PantunSumberTema
Besarlah redan dari belimbing, Bila berbuah dimakan ungka; Biarpun badanlah kurus kering, Kerana cinta kutahankan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang berangan di tepi rimba, Batang redan bergolek-golek; Abang jangan berhati hiba, Bulan depan datanglah balik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas