Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rem.pah.rem.pah] | رمڤه٢

Definisi : berbagai-bagai macam rem­­pah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rempah-rempah

Puisi
 

Sayang tekukur digulai lemak,
     Rempah-rempah dari Jawa;
Biar lumpur jalan semak,
     Rebah-rimpah kumari juga.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sayang tekukur digulai lemak, Rempah-rempah dari Jawa; Biar lumpur jalan semak, Rebah-rimpah kumari juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rempah ratus dibuat jamu, Ubat Melayu dari Samarang; Sebelum tua carilah ilmu, Bekalan hidup semua orang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Buah keras dibuat rempah, Dipetik orang sesudah masak; Sudah puas mengikat sumpah, Adik membelakang hatiku kemak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bawang putih dibuat rempah, Supaya perisa makanan orang; Abang kupilih taat bersumpah, Kiranya lidah suka bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Perahu Cina membawa rempah, Jalannya miring dipukul ombak; Rindu kan janda sudah menikah, Badan meranting kepala botak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Untuk apa membeli rempah, Kalau belanga penuh berisi; Untuk apa kami bersumpah, Kalau cinta separuh hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa membeli rempah, Kalau kelapa tidak dikupas; Untuk apa kami bersumpah, Kalau cinta tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jika menangkap ikan gelama, Masak rempah sedap rasanya; Ada yang baru ada yang lama, Mintalah saya berjalan sama.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas