Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[res.tu] | رستو

Definisi : 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, ke­izinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sem­purna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera; merestui 1. mengurniakan kebaikan, ke­sejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg ter­babit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa se­­­­moga Allah ~ rumah tangga yg baru di­binanya itu; 2. memberikan per­setujuan, kebenaran atau keizinan kpd se­seorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pe­ngaruh (guna-guna, jampi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[res.tu] | رستو

Definisi : 1 berkat atau rahmat: Dia berdoa memohon ~ drpd Ilahi. 2 persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan orang atau pihak lain melakukan sesuatu: Dia pergi setelah mendapat ~ drpd ibunya. merestui memberi restu kpd; memberkati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
restu (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, rahmat, perkenan, pengestu;,
Kata Terbitan : merestui,


Pantun

PantunSumberTema
Belajar baca rumi; Belajar kira-kira, Restu hidup kami, Hidup kami gembira.Pantun Melayu SarawakKiasan
Berteduh bawah titi, Belajar baca rumi; Ibu senang hati, Restu hidup kami.Pantun Melayu SarawakKiasan
Serumpun bunga dalam pasu, Harum berputik bunga lilin; Kupohon doa kupohon restu, Embun menitik di tempat lain.Pantun Melayu SarawakKasih
Buah pauh dalam dulang, Dikirim orang kampung hulu; Walau jauh di negeri orang, Doa restu kirim selalu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas