Tebang pokok pedada, Bangsal Tok Jalal; Rezeki tetap ada, Pastikan rezeki halal. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Yang disebut rezeki padi, Ladang menjadi padinya elok; Orang penurut berlaki bini, Panjang jadi pendek pun elok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terpelihara pukat membawa rezeki, Terpelihara perahu dapat dikayuh; Terpelihara adat mulialah budi, Terpelihara Melayu sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Rezeki besar ikan berlimpah; Orang beradat berhati lapang, Dari bertengkar biar mengalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah cukup membawa beras, Ada rezeki dapat menggulai; Kalau hidup bekerja keras, Usaha menjadi niat pun sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menjala udang, Lama-lama ada rezeki; Apabila suka meradang, Ke mana saja kena keji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bangsal Tok Jalal, Bangsal ikan pari; pastikan rezeki halal, Sempurna anak isteri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sifat muda suka berjalan, Hilir mudik mencari rezeki; Adat dijaga sempurna iman, Fikiran baik diri terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang beradat rajin bekerja, Membanting tulang mencari rezeki; Membuang adat bersalin lembaga, Puting beliung menimpa negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |