Rosaklah kasut jalan ke pasir, Takutlah kaki terajuk duri; Rambutku kusut tersisir, Bawa mengenang nasib sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalaulah hilang kulim di rimba, Rosaklah padi dimakan rusa; Kalaulah hilang alim ulama, Rosaklah negeri ditelan dosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ingat-ingat memancang tiang, Salah cacak rosaklah kayu; Ingat-ingat abang meminang, Salah cakap mendapat malu. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ayonglah si kunang-kunang, Ia bernama si bunga pinang; Rosaklah di laut boleh kurenang, Rosak di hati tidak kusenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah kuini masak sedahan, Belum juga jatuh ke tanah; Patah hati rosaklah badan, Kerana adinda tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yakin berladang banyaklah padi, Hidup senang ternak pun banyak; Makin kupandang rosaklah hati, Hendak meminang takut ditolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila duduk di tengah pasar, Banyak berjumpa sahabat handai; Apabila mulut berkata kasar, Rosaklah nama jahat perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Api tungku nyalanya besar, Bila bertanak masaklah bekal; Hati rindu bawa bersabar, Bila tidak rosaklah akal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila kaki kena sembilu, Dibawa berjalan tidak menelap; Apabila hati tiada bermalu, Binasa iman rosaklah adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |