| Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Rotan peledas lengkung daun, Dibilah tidak bertepi; Cerai untuk berbebas tahun, Baru semalam masuk mimpi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Rotan akar panjang berjela, Banyak melilit di pokok mati; Hamba jua tergila-gila, Tuan tidak menaruh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tumbuh rotan sudah berakar, Pandan berbuah berakar juga; Tujuh lautan sudah terbakar, Sampan sebuah berlayar juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kerat rotan kopek kelapa, Tumbuk beras lumat-lumat; Rakyat Malaysia tidak lupa, Tanggungjawab sesama umat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Tetak rotan Seberang Benta, Mari jual ke dalam pekan; Bagai hujan datangnya senjata, Adinda tidak abang lepaskan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Berletuk bunyi rotan bersanggit, Barulah nyata kayu terbelah; Bertakup bumi dengan langit, Barulah kita mengaku kalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |