Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rukun;

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sifat keluarga berkasih sayang, Rukun dan damai berumah tangga; Adat dijaga budi terbilang, Santun perangai tua dan muda.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tegak adat kukuhlah bangsa, Hidup rukun tenggang-menenggang; Rosak adat tumbuh sengketa, Sengketa tumbuh nasib pun malang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat keluarga berkasih sayang, Hidup bersama selalu rukun; Adat dijaga budi terbilang, Hidup ternama laju penyantun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Turun-temurun disebut orang, Dari dahulu hinggalah kini; Hidup rukun hingga sekarang, Intinya malu dan tahu diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu sudah ternama, Turun-temurun disebut orang; Adat berpadu dengan agama, Hidup rukun hingga sekarang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Kata tua beradab santun; Adat faham lembaga terang, Tua muda hidupnya rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mulia umat kerana beradat, Adat lembaga turun-temurun; Bila muafakat tuah melekat, Manfaat terasa hidup pun rukun.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas