Mengapa rumbia ditebang orang, Kerana batangnya dihimpit kayu; Mengapa lama abang tak datang, Kerana diserang sakit merayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buah rumbia buah salak, Pokok tumbuh tepi perigi; Hidup di dunia kita beradat, Bahasa tiada berjual beli. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau beratap kain rumbia, Jangan suka melenggak-lenggak; Kalau bercakap dengan pak tua, Jangan suka melagak-lagak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau tak ada sagu bertampan, Mengapa rumbia ditebang orang; Kalau tak ada rindu ke lain, Mengapa lama abang tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |