Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.sing] | رونسيڠ

Definisi : 1. cepat marah, suka mengomel (me­rungut-rungut); 2. = ~ hati sebal hati, risau: janganlah pula engkau menambah ~ hati mak; merunsing mengomel, bersungut, me­rungut; merunsingkan menjadikan runsing, me­nyebabkan runsing, merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai; kerunsingan perihal runsing, kerisauan: mereka dlm ~; perunsing orang yg selalu runsing, perisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.sing] | رونسيڠ

Definisi : 1 = ~ hati susah hati kerana tidak sampai maksud dll; sebal hati: Hatinya bertambah ~ setelah mendengar berita yg menyedihkan itu. 2 cepat marah. merunsingkan menimbulkan atau mendatangkan rasa runsing: Kegagalannya dlm peperiksaan itu ~ fikirannya. kerunsingan keadaan atau rasa runsing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runsing
Rujuk :risau

Puisi
 

Pakai cincin di jari manis,
     Cincin suasa permata dua;
Adik runsing jangan menangis,
     Nanti tiba masa kita berdua.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dari Endut pergi Mersing, Singgah berhenti Pulau Sialu; Hati risau bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Limau padi dibakar tebing, Habis dimakan anak katak; Hati mana tidak runsing, Orang ada saya tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas