Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.pa.ru.pa] | روڤا٢

Definisi : berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rupa-rupa

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagai rupa tokak dibasuh.

Bermaksud :

Sangat buruk. tokak = kudis besar.

 

Lihat selanjutnya...(32)

182

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana rupa, begitulah bayangnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana rupa, begitulah bayangnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Singapura serupa-rupa, Anak Bugis jalan bertiga; Hendak lupa tak boleh lupa, Hitam manis dikenang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Alim nampak kepada rupa, Alim dijunjung sampai tua; Yatim anak tiada berbapa, Yatim kampung tiada bertua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Alangkah elok buah delima, Warna merah rupa berseri; Memanglah elok tuah bersama, Sama dirasa laba dan rugi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Rosak sikat kusutlah rambut, Kusut rambut rupa pun hodoh; Rosak adat ributlah mulut, Mulut ribut membawa gaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Itik kedek-kedek, Masuk sawah padi; Paras rupa cantik, Elok hati budi.Pantun Melayu SarawakKiasan
Pergi ke darat mencari gambir, Ada secemur rupa serkap; Sudah tersurat kepada takdir, Ada sedikit tersalah cakap.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Malam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Inang-inang padi Pak Daik, Padi tak sama rupa bunganya; Sungguh kukenang budi yang baik, Tidak kulupa selama-lamanya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
12345

Kembali ke atas