Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa I

Puisi
 

Rusa ini rusa berdua,
     Terbit makan rumput manisan;
Tiada jodoh kita berdua,
     Boleh anak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Rusa ini rusa berdua, Terbit makan rumput manisan; Tiada jodoh kita berdua, Boleh anak kita berbesan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari petang memburu rusa, Jumpa rusa makan jerami; Tidak kupandang racun yang bisa, Penawar ada di tangan kami.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah orang menjerat rusa, Rusa bermain ditugal padi; Banyaklah orang berbuat jasa, Jasa pemimpin kekal abadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarlah orang membakar rusa, Rusa itu banyak tanduknya; Biarlah orang mengejar kuasa, Kuasa itu banyak buruknya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Niat hati menjaring rusa, Rusa sudah balik ke padang; Hajat hati menyunting bunga, Bunga sudah dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pergi ke hutan memburu rusa, Rusa berjemur di tengah panas; Kalau pandai menimbang rasa, Jangankan tepi di tengah tak lemas.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Banyaklah rusa dijerat orang, Rusa bermain jadi rebutan; Banyaklah jasa diingat orang, Jasa pemimpin jadi rebutan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pergi ke bukit berburu rusa, Boleh seekor rusa betina; Malangnya nasib dirilah hamba, Hidup di dunia tidak berguna.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678

Kembali ke atas