Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ban.sa.ban] | سابن٢

Definisi : setiap kali, sebentar-sebentar, sekejap-sekejap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saban (kata tugas)
Bersinonim dengan tiap-tiap, setiap, segenap, seluruh, kesemua, mana-mana, mana pun, bila-bila;,
Kata Terbitan : saban-saban,


Pantun

PantunSumberTema
Perahu cina memuat ikan, Saban hari sarat sinya; Malu bertanya sesat jalan, Segan mengaji sesat matinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah mentimun di tepi batang, Saban hari bertambah besar; Sudah bertahun kunanti abang, Sampai kini tak ada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang memukat pagi dan petang, Saban hari tiada berhenti; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan sendiri ia akui.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Diam-diam orang membenih, Kerana banyak orang mengintai; Saban malam abang merintih, Kerana banyak niat tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang berkayuh, Kerana takut dikejar buaya; Saban malam abang mengeluh, Kerana adik sudah berpunya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang ke surau, Mahu mengaji sehingga subuh; Saban malam abang mengigau, Menunggu adik yang pergi jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang berburu, Rupanya rusa tak dapat juga; Saban malam abang menunggu, Rupanya adinda tak ingat juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Banyak kayu mati meranggas, Dimakan api pembakar ladang; Hendak merayu hatiku cemas, Saban hari berasa bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika menyukat tidak pandai, Orang membeli merasa bimbang; Jika adat tidak dipakai, Saban hari sengketa datang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok belat dapatlah ikan, Ikan pari ikan sembilang; Elok adat selamatlah badan, Saban hari berdada lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas