Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll); bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabut (kata nama)
Bersinonim dengan kulit berserat, tepes.,

Puisi
 

Limau manis condong ke Kerling,
     Tali sabut anyam berdiri;
Tuanlah manis duduk menjeling,
     Saya menyebut setiap hari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut menyala semakin terang; Takut bukan sebarang takut, Takut kerana main belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut kelapa tidak tenggelam; Takut bukan sebarang takut, Takut kerana merangkak malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut berapi nyalanya marak; Takut bukan sebarang takut, Takut ke bini kerana bengak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut kelapa apinya terang; Takut bukan sebarang takut Takut kerana bininya garang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabut kelapa elok dibakar, Asapnya dapat menghalau nyamuk; Takut terlupa elok berlajar, Supaya ingat jikalau suntuk.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Berkapur sabut berkemenyan, Mandi bertimba kulit kayu; Hari petang ribut menerban, Jadi terkejut burung jentayu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Umbut nanas sabut kelapa, Seba guna dibuat tali; Sebut nama teringat rupa, Seni Melayu tak dijual beli.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Naik kuda bertali sabut, Sampai ke Jawa upah ke bendang; Dulu muda semua berebut, Sudah tua siapa tak pandang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Limau manis condong ke Kerling, Tali sabut anyam berdiri; Tuanlah manis duduk menjeling, Saya menyebut setiap hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambillah nyelik hempas ke batu, Talilah sabut anyam berdiri; Jikalau benci kepada aku, Jauhlah jauh melari diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas