Kalau salah menaha pukat, Salah pula menahan tengkalak; Kalau salah di dalam adat, Salah pula di dalam syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bukan mudah memasang jerat, Salah pasang terjerat ternak; Bukan mudah memegang adat, Salah pegang tersesat tegak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Salah kira hutang yang dapat; Bukan mudah memegang adat, Salah tegak dibuang kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah orang berhelat, Salah kira hutang yang dapat; Bukan mudah memegang adat, Salah bicara orang mengumpat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah memasang jerat, Salah pasang orang yang kena; Bukan mudah memegang adat, Salah pegang orang menghina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sifat muda suka berjalan, Salah peduli hujan dan panas; Adat dijaga sempurna iman, Terasa salah segera bertaubat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat membawa hikmah, Hikmah hidup dunia akhirat; Lupa adat kerja menyalah, Salah hidup binasalah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok tombak kerana disepuh, Salah sepuh besinya lemah; Elok anak kerana diasuh, Salah asuh pasti menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |