Yang singgah diajak duduk, Duduk merokok saling bertanya; Orang nikah awak yang mabuk, Mabuk menengok juling matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau meniup seruling bambu, Dibawa berteduh lepaslah letih; Kalau hidup saling membantu, Mana yang keruh lekaslah jernih. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau cukup piring mangkuk, Nasi masak senanglah makan; Kalau duduk saling beramuk, Negeri rosak hilanglah iman. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau meniup seruling bambu, Siapa yang ikut akan terbuai; Kalau hidup saling membantu, Mana yang kusut akan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau meniup seruling bambu, Badan yang penat terasa nyaman; Kalaulah hidup saling membantu, Beban yang berat terasa ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau meniup seruling buluh, Ke mana pergi orang mendengar; Kalau hidup saling mengasuh, Tiada lagi orang yang lapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup padi di ladang, Hilanglah penat orang bekerja; Kalaulah hidup berkasih sayang, Hilanglah sifat saling sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sifat kayu cabang-bercabang, Di sanalah tempat rantingnya tumbuh; Adat Melayu tenggang-menenggang, Di sanalah tempat saling mengasuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |