Sama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Sama-sama mendaki bukit, Bawa tambuk kutip durian; Jasa menteri bukan sedikit, Tidak ternilai sejuta pujian. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Jerang santan masak pun santan, Sama-sama sudu dituntung; Orang jantan awak pun jantan, Sarna-sarna mengadu untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Anak musang jalan meniti, Titi mari atas pagar; Tuan helang saya rajawali, Sama-sama mari menyambar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |